Tempat-Tempat Menarik di Baling

1. Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong , Baling.

Antara destinasi menarik di daerah Baling yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri Kedah ialah Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Dari pekan Baling, jarak perjalanannya mengambil masa lebih kurang 20-25 minit untuk sampai. Lokasinya yang terletak jauh di pedalaman dan binaan lanskap yang indah amat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana percutian yang tenang dan damai.
 Pihak Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong juga menyediakan kawasan perkhemahan, Kepada mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah di sini adalah salah satu tempat yang sesuai. Chalet juga disediakan kepada mereka yang ingin menginap. 
Jarak dari Homestay = 22km

2. Air Terjun Lata Bayu

Terletak di Hutan Simpan Rimbah Teloi, Lata Bayu juga dikenali Lata Asam Jawa oleh penduduk setempat. Lebih menarik aliran air terjun yang jernih dari Sungai Pegang ini menambahkan lagi panorama menarik. Air terjun setinggi 20 meter adalah tarikan utama dan ia membentuk beberapa kolam semula jadi untuk mandi-manda dan paling terkenal ialah Lubuk Lesong. 
 Kawasan ini diselenggaran Jabatan Hutan Negeri Kedah dengan menyediakan beberapa kemudahan termasuk wakaf, bilik persalinan dan tandas. Gerai menjual makanan dan minuman turut disediakan dan diusahakan penduduk tempatan. Jika mahu mengadakan program seperti perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di kawasan pentas terbuka tetapi perlu mendapat kebenaran Pejabat Hutan Kedah Selatan. 
 Jarak dari Homestay = 30km 

 3. Air Terjun Lata Bukit Hijau
 Bukit Hijau terletak di Hutan Simpan Gunung Inas.Bukit Hijau terkenal kerana adanya Lata Bukit Hijau. Lata ini telah diklasifikasikan sebagai sebagai hutan penyelidikan dan pendidikan. Dengan menggunakan jalan lama pengunjung-pengunjug perlu melalui Labu Besar dan Pekan Malau.
 Lata Bukit Hijau ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang amat mempersonakan yang dapat menarik perhatian pengunjung. Selain daripada itu pengunjung-pengunjung berpeluang melalui denai hutan sejauh 3 km melalui hutan dara menuju ke Gunung Inas yang tingginya 1454 meter.
 Jarak dari Homestay = 45km